3 SEBAB UTAMA BELI DAN MILIKI EMAS

Berbeza juga dengan komoditi yang lain, EMAS sukar untuk BINASA, TERCEMAR mahupun BERKARAT, jauh sekali SUSUT dari segi kualitinya. Emas yang dilombong beratus-ratus tahun dahulu tiada bezanya daripada emas yang baru dilombong. Begitu juga emas yang di lombong di Malaysia tidak dibezakan dengan emas dari negara-negara yang lain. Yang menjadi faktor penilaian kualiti adalah kejituan emas dan beratnya.
Blanchard Economic Research Unit menyenaraikan 6 sebab UTAMA untuk kita MILIKI EMAS. Antaranya:
PERTAMA : Gold - hedge against inflation
Faktor yang paling konsisten yang mempengaruhi Harga Emas adalah Inflasi. Pe
ningkatan kadar inflasi akan menyebabkan peningkatan secara langsung HARGA EMAS. Oleh itu sekiranya kita beli dan menyimpan kekayaan kita dalam bentuk EMAS kita akan dilindungi (hedge) serta terhindar dari kesan inflasi yang semakin meningkat.

Walaupun tidak dapat dilihat secara langsung namun kenaikan harga emas dapat dijangka dari kenaikan harga minyak. Ini mungkin adalah kerana minyak juga merupakan komoditi yang diperlukan seluruh dunia. Pada tahun 1972 dan 1974 harga minyak meningkat sebanyak 325% (dari $2.44 kpd $10.36). Pada masa yang sama harga emas turut meningkat sebanyak 268%. Pada tahun 1978 dan 1980 apabila harga minyak meningkat sebanyak 105%, harga emas secara puratanya turut meningkat sebanyak 254%.
KEDUA : Gold - hedge against a declining Dollar

Namun semenjak pengeluaran US Dollar tidak lagi disandarkan dengan nilai emas, matawang ini tidak lain tidak bukan hanyalah KERTAS SEMATA-MATA. Krisis ekonomi US akan menjejaskan matawang negara dominan ini. Miliki emas dapat membendung kita dari mengalami kejatuhan matawang di masa hadapan. Lagipun kalu US Dollar dah tak laku, kita nak pergi oversea nak bawa mata wang apa? Bawa emas le... Mana boleh bawa TANAH atau HARTANAH untuk buat pertukaran.. Beli sekarang lah sebab US Dollar makin lemah dan harga emas bakal meningkat lebih tinggi. Hubungi ZAMRI 019-9864491
KETIGA :Gold as a Safe Haven
Disebalik US sebagai satu kuasa besar dunia, pelbagai krisis wujud di seluruh dunia. Peperangan, kemiskinan dan yang terkini pelbagai bencana alam yang melanda tanpa sebarang amaran mahupun jangkaan. Emas dikenali sebagai 'Crisis commodity' kerana pelaburan emas akan meningkat melepasi pelaburan-pelaburan lain dalam menghadapi situasi krisis.
Kegawatan ekonomi sepertimana dialami Malaysia menyebabkan institusi-institusi kewangan tidak dapat bertahan. Berapa banyak bank yang wujud 2o tahun dahulu masih kekal gah sekarang? Bank yang gagal berfungsi dengan baik, MELABURKAN wang simpanan anda untuk keuntungan mereka akan MELEBURKAN masa depan anda. Apabila ini berlaku kita akan berada pada satu tahap di mana BANK dan EKONOMI akan gagal menstabilkan ekonomi dunia. Berkemungkinan ada negara yang mencetak wang kertas mereka dengan berleluasa.
Sebelum ianya berlaku, di mana kemungkinan ianya berlaku TIDAK MUSTAHIL, individu mula bertukar kepada simpanan emas yang terjamin selamat. Dan sudah semestinya sebagai UMAT ISLAM sewajarnya kita menyimpan emas bagi mengelakkan masa depan UMAT NABI MUHAMMAD s.a.w terus dikuasai dan dikawal orang-orang yang tidak sepatutnya. Wasalam.
(sumber : http://www.blanchardonline.com/beru/why_own_gold.php)